Friday, December 26, 2008
Monday, December 22, 2008
RELATIVITI MASA
Hari ini, konsep relativiti masa adalah merupakan satu fakta saintifik yang telah pun dibuktikan. Hal ini telah di dedahkan melalui Teori Relativiti Einstein seawal abad ke 20. Sebelum itu, manusia tidak mengetahui bahawa masa adalah satu konsep yang bersifat relatif, dan bahawa ianya boleh berubah bergantung kepada persekitaran. Akhirnya, saintis agung Albert Einstein secara terbuka membuktikan fakta ini melalui teori relativitinya. Dia menunjukkan bahawa masa adalah bebas dari jisim dan halaju. Dalam sejarah manusia, tiada seorang pun yang pernah menjelaskan fakta ini secara nyata. Meskipun dengan satu pengecualian; Al-Qur'an telah pun memuatkan maklumat mengenai kerelatifan masa!! Beberapa ayat mengenai subjek ini berbunyi.
![]() |
"Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janjinya. Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun dari tahun-tahun yang kamu hitung. (Surah Al-Hadid: 47)
"Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu saat yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu". Surah As-Sajadah: 5)
"Para malaikat dan Jibril naik kepada Tuhan dalam sehari yang kadanya lima puluh ribu tahun". (Surah Al-Ma'arij: 4)
Dalam setengah ayat, ianya dijelaskan bahawa manusia merasakan masa secara berbeza dan kadang-kadang mereka boleh merasa suatu masa yang singkat seolah-olah suatu masa yang panjang. Perbualan manusia berikut yang terjadi sewaktu pengadilan mereka di Hari Kemudian adalah satu contoh yang baik dalam hal ini.
"Allah berkata: berapa tahun lamanya kamu tinggal dibumi?. Sahut mereka itu: kami tinggal sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitungnya. Allah berkata: Kamu tiada tinggal (di dunia) melainkan sebentar saja jika kamu mengetahuinya. Surah Al-Mukminun: 112-114.
Fakta mengenai kerelatifan masa adalah sangat jelas disebutkan di dalam Al-Qur'an, yang dinyatakan pada tahun 610 adalah satu lagi bukti bahawa Al-Qur'an adalah sebuah kitab suci.
http://www.harunyahya.com/malaysian/keajaiban03.phpSaturday, December 20, 2008
Saturday, December 13, 2008
http://alqurandigital.com/



Alhamdulillahirobbil 'alamin, wash sholaatu was salam 'ala Rosulillahi saw,
Selamat datang

Beberapa kemampuan software Al Quran Digital adalah sebagai berikut:
- Menampilkan ayat-ayat Al Quran dalam tulisan Arab dan terjemahan Indonesia
- Menampilkan catatan kaki dari Al Quran terjemahan Departemen Agama RI
- Disediakan indeks menurut topik
- Asbabun nuzul (sebab turunnya ayat) surat Al Baqarah dan juz 30
- Melakukan pencarian kata dalam terjemahan
- Membuat bookmark dari ayat yang dianggap penting
- Ayat dalam tulisan Arab dan terjemahan dapat dicopy dan dipaste ke program lain seperti Microsoft Word
- Tidak memerlukan instalasi font atau program tambahan
- Install/Uninstall package

Wassalamualaikum wr. wb.
Tim penyusun.
Asal :http://alqurandigital.com/
Wednesday, December 3, 2008
يا ذالجلال والإكرام
يَا ذَا الْجَلاَلِ واْلإِكْرَامِ (3 مرات)
Ya Allah ! yang Maha Agung dan Maha Pemurah
أَمِتْنَا عَلَى دِيْنِ اْلإِسْلاَم
Matikanlah kami dalam agama Islam
يَا عَالِمَ السِّرِّ مِنَّا
Wahai yang Maha Mengetahui akan rahsia kami
لاَ تَهْتِكَ السِّتْرَ عَنَّا
Janganlah Engkau tanggalkan hijab daripada kami
وعَافِنَا وَاعْفُ عَنَّا
Berilah kami ‘Afiyah, dan maafkanlah kami
وَكُنْ لَنَا حَيْثُ كُنَّا
Bantulah kami dimana saja kami berada
يَا وَاسِعَ الْجُوْدِ جُوْدَكَ
Wahai Yang Maha Pemurah! berilah kami kurnia-Mu
اَلْخَيْرُ خَيْرُكَ وَعِنْدَكَ
Kebaikan hanya datang dari-Mu dan disisi-Mu
فَوْقَ الَّذِِيْ رَامَ عَبْدُكَ
Melebihi apa yang di harapkan hamba-Mu
فَادْرِكْ بِرَحْمَتِكَ فِي الْحَال
Maka berilah bantuan dengan rahmat-Mu dengan segera
يَا رَبِّ يَا رَبَّ الأَرْبَاب
Wahai Allah yang Maha Esa
عَبْدُكَ فَقِيْرُكَ عَلَى الْبَاب
Hamba-Mu berhajat di pintu kemurahan-Mu
أَتَى وقَدْ بَتَّ الأَسْبَاب
Menghadap-Mu dengan penuh kesal
مُسْتَدْرِكًا بَعْدَ مَا مَالْ
Serta insaf setelah tersilap
يَا مُوْجِدَ الْخَلْقِ طُرًّا
Wahai Pencipta seluruh makhluk !
ومُوْسِعَ الْكُلِّ بِرًّا
Yang memberi keluasan pada mereka dalam kebaikan
أَسْأَلُكَ إِسْبَالَ سِتْرًا
Hamba memohon pada-Mu agar menutup untuk hamba
عَلَى الْقَبَائِحِ واْلأَخْطَال
Atas segala keburukan dan kesilapan
يَا مَنْ يَرَى سِرَّ قَلْبِي
Wahai Yang Maha melihat kepada rahsia hatiku
حَسْبِي اِطِّلاَعُكَ حَسْبِي
Cukuplah bagiku pengetahuan-Mu atasnya
فَامْحُ بِعَفْوِكَ ذَنْبِي
Maka hapuslah dosaku dengan maaf-Mu
وَاصْلِحْ قُصُوْدِيْ وَاْلأَعْمَال
Luruskanlah niat dan perbuatanku
ربِّ عَلَيْكَ اعْتِمَادِيْ
Ya Allah! Kepada-Mu aku berpegang
كَمَا إِلَيْكَ اسْتِنَادِيْ
Kepada-Mu juga aku bersandar
صِدْقًا وأَقْصَى مُرَادِيْ
Dengan sungguh-sungguh, dan puncak tujuanku
رِضَاؤُكَ الدَّائِمُ الْحَال
Adalah keredhaanMu selalu
يَا رَبِّ يَا رَبِّ إِنِّي
Wahai Allah! sesungguhnya hamba
أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ عَنِّي
Mohon maaf segala dosa
ولَمْ يَخِبْ فِيْكَ ظَنِّي
Semoga sangkaanku tidak akan hampa
يا مَالِكَ الْمُلْكِ يَا وَالْ
Wahai Allah Yang Maha Kaya
أَشْكُوْ إِلَيْكِ وَأَبْكِي
Hamba mengadu serta menangis
مِنْ شُؤْمِ ظُلْمِي وَإِفْكِي
Kerana banyaknya dosa diri dan dusta
وسُوْءِ فِعْلِي وتَرْكِيْ
Jahat perbuatan, kurang amalan
وشَهْوَةِ الْقِيْلِ وَالْقَالْ
Banyak mengumpat, banyak mengata
يا رَبِّ عَبْدُكَ بِبَابِكَ
Ya Allah ! hamba-Mu berdiri di pintu-Mu
يَخْشَى أَلِيْمَ عَذَابِكَ
Kerana takut akan pedihnya seksa-Mu
ويَرْتَجِيْ لِثَوَابِكَ
Ia (hamba-Mu) mengharap akan pahala-Mu
وغَيْثُ رَحْمَتِكَ هَطَّالْ
Sungguh curahan rahmat-Mu sangat deras
قَدِ اسْتَعَنْتُكَ رَبِّي
Hamba mengharap pertolongan dari-Mu wahai Tuhanku!
عَلَى مُدَاوَاةِ قَلْبِي
Untuk mengubat karat kotor hatiku
وَحَلِّ عُقْدَةِ كَرْبِي
Serta hapuskan penderitaanku
فَانْظُرْ إِلَى الْغَمِّ يَنْجَالْ
Maka pandanglah (Wahai Allah) penderitaan ini nescaya terhindar
يَا رَبِّ أَنْتَ نَصِيْرِيْ
Wahai Allah! Engkau adalah penolongku
فَلَقِّنِي كُلَّ خَيْرِ
Berilah hamba segala yang baik
وَاجْعَلْ جِنَانَكَ مَصِيْرِيْ
Jadikanlah syurga tempat tinggalku
وَاخْتِمْ بِاْلإِيْمَانِ اْلآجَالْ
Tetapkanlah iman di akhir hayat
يَا اللهُ بِهَا يَا اللهُ بِهَا
Ya Allah ! Ya Allah !
يَا اللهُ بِحُسْنِ الْخَاتِمَة
Ya Allah ! kurniakanlah husnul khatimah
Friday, November 28, 2008
Huru Hara Akhir Zaman
- Penceramah: Ustaz Kazim Elias
- Tajuk Kuliyah: Huru Hara Akhir Zaman [Download]
- Kitab: Bahrul Mazi
- Tempat: Surau Al-Iman,Kemensah Height, Hulu Kelang ,Selangor
- Kandungan Kuliyah: Golongan Pengkid, Filem Brutal, Ibadah Korban, Ulama Mati, Korban untuk orang mati tak sah?, Pindah Daging Korban, dll
Terima Kasih kepada Salman Al Farisi atas sumbangan kuliyah ini.
Kesemua kuliyah yang didownload adalah dilarang sama sekali digunakan untuk tujuan komersial. Sila minta izin daripada penceramah jika ingin mengkomersialkan kuliyah yang didownload.
Saturday, November 22, 2008
Friday, November 21, 2008
Tuesday, November 18, 2008
Monday, November 17, 2008
Saturday, November 15, 2008
Kamus Al-Miftah menerobosi pasaran Mesir
"

................................................
Al-Azhar Media mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada PMRAM, pegawai khas Rumah Negeri Sembilan dan Selangor, Ustaz Asri dan semua mahasiswa Universiti Al-Azhar kerana telah memberikan kerjasama dan sambutan yang amat baik dan menggalakan. Seminggu di sana, telah menjalin hubungan mesra yang tak ternilai. Menurut Ustaz Nazri selaku pengurus pemasaran, sambutan dan tempahan Kamus Al-Miftah amat membanggakan, beliau juga menyakini Kamus Al-Miftah mampu membantu para mahasiswa untuk menggapai kejayaan luar biasa.
teks asal;tranungkite
Tuesday, November 4, 2008
Jamaah tabligh
Ditulis oleh tamimi | |
Friday, 26 September 2008 | |
Assalamualikum ustaz.. saya ingin bertanya tebtang jemaah tabligh..boleh ustaz terengkan serba sedikit tentang jemaag tabligh. terima kasih ....................... w.salam Jemaah tabligh yang sedia maklum itu adalah salah satu dari ribuan jemaah2 Islam yang memberikan tumpuan atas uasaha2 dakwah dibumi Allah ini. Jemaah yang berpusat di india ini disertai oleh ratusan ribu umat islam diseluruh dunia. Apa yang elok tentang jemaah tabligh ini ialah kerja2 berdakwah mengajak manusia menunaikan solat dan melakukan amalan2 sunnah yang mana kebanyakan manusia Islam hari ini semakin melupakannya. Cuma perlu diberi perhatian pada apa yang berlaku pada jemaah tabligh yg ada pada zaman ini telah sedikit lari dari segi perjalannya jika dibandingkan dengan zaman awal ianya ditubuhkan. Jemaah tabligh pada zaman penubuhannya sangat mementingkan dua perkara dalam gerakan mereka yaitu menuntut ilmu dan berjihad. Lihatlah kisah bagaimana Maulana Mohd Zakaria dan Maulana Mohd Yunus bertungkus lumus belajar ilmu agama sehingga menjadi ulamak dan perjuangan mereka menentang kebatilan tanpa takut kepada sesiapa. Jemaah yang ada pada hari ini telah meninggalkan dua asas penting dalam gerakan tabligh ini dimana mereka kurang gemar menuntut ilmu dengan bersungguh dan ramai pula yang meninggalkan jihad yang mana kedua perkara ini adalah sunnah Nabi saw yang sangat tinggi nilainya disis Allah swt. Begitu juga dengan nahi munkar agak kurang dipraktikkan padahal amar ma'ruf itu tidak boleh dipisahkan sama sekali denga nahi munkar kerana keduanya inilah yang menjadikan para sahabht r.a. sebagai umat terbaik yag pernah wujud dikalangan umat manusia. wallahua'lam |
Sunday, November 2, 2008
Friday, October 17, 2008
صرف الزكاة لطلبة العلم ( MENGELUARKAN ZAKAT UTK PENUNTUT ILMU)
اطلعنا على الطلب المقيد برقم 997 لسنة 2008م المتضمن:
هل الصرف على المنح العلمية أو على طلبة العلم هو أحد المصارف الشرعية للزكاة أم لا؟
الـجـــواب
أمانة الفتوى
للزكاة مصارفها التي حددها الله تعالى في كتابه الكريم بقوله سبحانه: ﴿إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللهِ وَابْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِّنَ اللهِ وَاللهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ﴾ [التوبة: 60].
الأول: عند كلامهم على مصرف الفقراء والمساكين، وأن طالب العلم يُعطَى من الزكاة ما يكفيه مؤنة معيشته حتى لو كان قادرًا على الكسب عند الشافعية، وحتى لو ملك نصابًا عند الحنفية؛ وذلك في مقابل تفرغه لطلب العلم.
فقد نقل ابن عابدين في حاشيته "رد المحتار" (2/372) عن جامع الفتاوى ما نصه: "وفي المبسوط: لا يجوز دفع الزكاة إلى من يملك نصابًا إلا إلى طالب العلم والغازي ومنقطع الحج؛ لقوله عليه الصلاة والسلام: (يجوز دفع الزكاة لطالب العلم وإن كان له نفقة أربعين سنة) اهـ".
ونقل الإمام النووي الشافعي في "المجموع شرح المهذب" (6/190) عن الأصحاب أنهم قالوا: "ولو قدر على كسب يليق بحاله إلا أنه مشتغل بتحصيل بعض العلوم الشرعية بحيث لو أقبل على الكسب لانقطع من التحصيل حلت له الزكاة؛ لأن تحصيل العلم فرض كفاية".
وقال الشيخ الخطيب الشربيني الشافعي في "الإقناع": "وإن تفرغ قادر على التكسب للعلم وتعذر الجمع أُعطِيَ، لا إن تفرغ للعبادة وإطعام الجائع ونحوه".
وقال الشيخ البهوتي الحنبلي في "كشاف القناع": "(وإن تفرغ قادرا على التكسب للعلم) الشرعي, وإن لم يكن لازما له (وتعذر الجمع) بين العلم والتكسب (أُعطِيَ) من الزكاة لحاجته".
ونقل البهوتي عن ابن تيمية أنه سئل عمن ليس معه ما يشتري به كتبا للعلم يشتغل فيها؟
فقال: يجوز أخذه منها -أي من الزكاة- ما يحتاج إليه من كتب العلم التي لا بد لمصلحة دينه ودنياه منها" ثم قال البهوتي: "ولعل ذلك غير خارج عن الأصناف; لأن ذلك من جملة ما يحتاجه طالب العلم, فهو كنفقته".
والثاني: عند كلامهم على مصرف (في سبيل الله)؛ إذ إن هذا المصرف يشمل العلم والجهاد؛ لأن الجهاد يكون باللسان كما يكون بالسنان، كما قال تعالى في القرآن الكريم: ﴿فَلاَ تُطِعِ الكَافِرِينَ وَجَاهِدْهُم بِهِ جِهَادًا كَبِيرًا﴾ [الفرقان: 52].
بل إن بعض الفقهاء جعلوه شاملاً لجميع القُرَب عند الحاجة؛ قال الكاساني في (بدائع الصنائع): [وأما قوله تعالى: "وفي سبيل الله" فعبارة عن جميع القُرَب؛ فيدخل فيه كل مَن سعى في طاعة الله وسبيل الخــيرات إذا كان محتاجًا] ا هـ.
ونصَّ العلماء على دخول الإنفاق على طلبة العلم ضمن مصرف "وفي سبيل الله"؛ ومن هؤلاء العلماء الميرغيناني ومنلاخسرو وصاحب الفتاوي الظهيرية وغيرهم.
بل صرح الحنفية بجواز نقل الزكاة من بلد إلى بلد آخر لطالب العلم.
ومما يستدل به على ما ذهبوا إليه من دخول الإنفاق على طلبة العلم ضمن مصرف "وفي سبيل الله" قوله صلى الله تعالى عليه وآله وسلم:
والله سبحانه وتعالى أعلم
Konsert Bersama Nazrey Johani Di Bumi Mesir
Kedatangan saudara Nazrey Johani ke Bumi Anbiya' bertujuan sebagai mempromosikan dan melancarkan Kamus Al-Miftah terbitan Al-Azhar Media. Beliau dipilih sebagai duta bagi mempromosikan kamus terbaru itu. Kamus tersebut dijual dengan harga istimewa LE200 dengan pelbagai keistimewaan. Untuk tempahan kamus boleh hubungi Ustaz Muhamad Asri Md.Arof (010-1280669).
Sementara itu, konsert dijadualkan bermula selepas maghrib pada hari yang sama (22 Oktober) bertempat di Padang Nadi Syabab, Hayyu Sadis. Tiket dijual dengan harga promosi LE10 yang akan bermula 15 hingga 17 Oktober. Sebarang pembelian tiket selepas 17hb akan dijual dengan harga LE15. Tiket boleh didapati melalui Ketua Unit Promsi dan Pendaftaran, Ustaz Mohd Firdaus Ahmad (016-6197915) dan Ustazah Siti Hajar Bahrudin (010-4422794).
Friday, October 3, 2008
Saat-saat KeWAFATan Al Habib Al Mustafa Muhammad s.a.w....
Surah Al-Haqqah; Hari Kiamat.. Menangis..
Bacaan Surah Al-Haqqah daripada Sheikh Mohammed Mohaisny berserta esak tangis yang kuat daripada hafiz/qari.
(Pembetulan)Surah Al-Haqqah Ayat46 - Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya dia mati dengan serta merta).
_______________
MENGENAI NERAKA
Abu Hurairah meriwayatkan: "Ketika Rasulullah berkata: Api dunia kamu adalah satu dari 70 bahagian api neraka; "lalu seseorang bertanya; "Ya Rasulullah,adakah ia tidak akan mencukupi untuk membakar orang kafir? Maka Rasulullah menjawab "Api neraka mempunyai 69 bahagian lebih dari api biasa di dunia dan kesemuanya adalah sangat panas sebagaimana ia (api dunia). (Riwayat Bukhari).
Diriwayat oleh Abu Hurairah: Rasulullah bersabda: Api neraka mengadu kepada Allah dengan berkata;"Hai Tuhanku, bahagian-bahagian padaku memakan di antara satu sama lain. "Lalu Allah membenarkannya mengambil dua pernafasan iaitu pada musim sejuk dan pada musim panas.Inilah sebabnya mengapa kamu terasa terlalu panas dan terlalu sejuk," (Riwayat Bukhori).
Makanan Penduduk Neraka
Penduduk neraka tetap diberi makanan walaupun makanan ini tidak menyuburkan badan mereka.Firman Allah: Mereka tidak memperolehi makanan selain dari pohon yang berduri yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar." [Surah Al Ghasiyah 6-7]
Minuman Ahli Neraka
1. Hamim(air yang mendidih)
Firman Allah: "Inilah neraka Jahannam yang didustakan oleh orang-orang yang berdosa. Mereka berkeliling di antaranya dan di antara air yang mendidihh yang memuncak panasnya."
2. Ghassaq(nanah dan darah)
Firman Allah: " Maka tiada seorang teman pun baginya pada hari ini di sini. Dan tiada makanan sedikit pun kecuali dari darah dan nanah.Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa." [S.Al Haqqah 35-37]
3. Sadid(air danur(nanah)yang keluar dari tubuh ahli neraka)
Firman Allah: "Dihadapan mereka ada neraka Jahannam dan ia diberi minum dari air danur (nanah yang keluar dari tubuh ahli neraka)." [S.Ibrahim: 16]
4. Air seperti Tembaga cair
Firman Allah: Dan jika mereka meminta minum, nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti tembaga yang mendidih yang menghanguskan muka mereka.Itulah minuman yang paling buruk dan tempat rehat yang paling hina." [Al Kahfi 29]
Pakaian Ahli Neraka
1. Pakaian dari api
Firman Allah: "Inilah dua golongan(mukmin dan kafir) yang bertengkar, mereka saling bertengkar mengenai tuhan mereka. Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian dari api neraka.Disiramkan air yang sedang mendidih ke atas kepala mereka." [S.Al Hajj: 19]
2. Pakaian dari minyak tar
Firman Allah: "Pakaian mereka adalah dari minyak tar dan muka mereka diliputi oleh jilatan api neraka." [S.Ibrahim: 50].
Bahan Bahar Api Neraka
Bahan bakar neraka adalah terdiri dari manusia dan jin yang kafir dan engkar kepada Allah, batu-batu termasuk patung berhala. Firman Allah; "Hai orang yang beriman. Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat yang kasar, yang keras yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya dan mengerjakan apa yang diperintahkanNya." [S.At Tahrim: 6]
Penduduk Neraka
Imran b Husin meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Aku melihat ke dalam syurga dan mendapati majoriti penduduknya adalah orang miskin, dan aku melihat ke dalam neraka, aku mendapati majoriti penduduknya adalah wanita," (H.Riwayat Bukhori).
Sumber bacaan: http://mymasjid.net.my
Wednesday, October 1, 2008
Monday, September 29, 2008
Thursday, September 18, 2008
PROMOSI HEBAT "KAMUS AL MIFTAH'
SILA BUAT TEMPAHAN : MUHAMAD ASRI BIN MD AROF 20101280669
ATAU BENDAHARI BKAN/DPM MASING2
HARGA : LE 200.00 SHJ (JUALAN DI MALAYSIA RM 220)
ANDA DAPAT JIMATKAN DUIT ANDA SEBANYAK LE 147.25
PROMOSI BERMULA 20 SEPTEMBER 2008 - 20 OKTOBER 2008 SHJ
SILA LAYARI http://kamus-almiftah.com/v1/
Friday, September 12, 2008
Wednesday, September 10, 2008
HADIS RAMADHAN.....

وعن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: من صام رمضان إيمانًا واحتسابًا، غفر له ما تقدم من ذنبه " ((متفق عليه))
Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan karena didorong oleh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkanlah untuk dosa-dosanya yang terdahulu." (Muttafaq 'alaih)
وعنه رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: "إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة، وغلقت أبواب النار، وصفدت الشياطين" ((متفق عليه))
Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Apabila bulan Ramadhan telah datang, maka dibukalah pintu-pintu syurga, ditutuplah pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan." (Muttafaq 'alaih)
Wednesday, September 3, 2008
Kemuskilan tentang HIDUP

Ditulis oleh MOHD FADZLI BIN BAHARI
Tuesday, 02 September 2008
Salam Ustz. Saya pernah baca sebuah buku, dalam buku itu terdapat persoalan yang menjadi yanda tanya pada saya. boleh kiranya ustaz bantu saya dlm menjawab soalan
1. APA MAKNA HIDUP?
2. UNTUK APA HIDUP INI?
3. APA ERTI HIDUP?
4. APA YANG DIHARAPKAN DARI HIDUP INI?
5. KE MANA SELEPAS HIDUP INI?
6. DI MANAKAH NOKTAH PERJALANAN HIDUP INI?
1. Maknanya suatu nikmat yang dikurniakan kepada hambaNya yg dengan nikmat tersebut dapat mengenali Tuhannya dan melihat kebesaran Tuhannya yang membawa kepada bersyukur kepada tuhan.
2. Tujuan hidup supaya manusia menjadi hamba yang mengabdikan dirinya kepada tuhan.
3. Erti hidup ialah keadaan yang berlawanan dengan mati.
4. Keredhaan Allah swt.
5. Ke alam barzakh.
6. Ke syurga atau ke neraka.
wallahua'lam
Kisah lelaki tua dengan 3 orang anak
Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki. Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis. Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya..jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi makan.
Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.
Maka dipanggilnya si Harben."Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?" Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak bolehdiharap. "Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Anis."Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang dijawab Anis? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"
Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga."Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal. "Hei Amsal,tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu Amsal menjawab, "Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan.Menyesallah dihatinya kerana tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.
Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun. Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.
Sekian adanya.
APA PENGAJARAN CERITA INI.
Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.
Harben ialah HARTA-BENDA,
Anis ialah ANAK-ISTERI,
dan Amsal ialah AMAL-SOLEH.
Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal. Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yang dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur).Oleh itu dlm kita mengejar cita-cita di dunia ni jgn lah lupa dgn akhirat dan rukun Islam yg lima .
Hadith mengatakan "KHAIRUL UMUURI AU SA TU HA".(MAKNANYA: SEBAIK-BAIK PERBUATAN IALAH YANG PERTENGAHAN).
Sama-samalah kita mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat.
Wassalam.
* arkib kisah pengajaran : Tranung kite
Sunday, August 31, 2008
من فضائل شهر رمضان

رسالة من محمد مهدي عاكف- المرشد العام للإخوان المسلمين
الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن اتبعهم بإحسان إلى يوم الدين، وبعد..
قال الله تعالى: ﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمْ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (183)﴾ (البقرة).
إن شهر رمضان من الشهور العظيمة، ويحمل في طيَّاته فضائلَ جمَّةً، وعطايا من الله وافرةً، وثوابًا وأجرًا جزيلاً لمن اغتنمه، وقد جاء في الأثر: "أيها الناس، قد أظلكم شهر عظيم، شهر مبارك، شهر فيه ليلة خير من ألف شهر، جعل الله صيامه فريضة، وقيام ليله تطوعًا، من تقرَّب فيه بخصلة من الخير، كان كمن أدى فريضةً فيما سواه، ومن أدى فيه فريضةً كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه، وهو شهر الصبر، والصبر ثوابه الجنة، وشهر المواساة، وشهر يُزداد فيه رزق المؤمن، من فطر فيه صائمًا كان مغفرةً لذنوبه وعتق رقبته من النار، وكان له مثل أجره من غير أن ينتقص من أجره شيء"، قالوا: ليس كلنا نجد ما يفطر الصائم؟ فقيل: "يعطي الله هذا الثواب من فطر صائمًا على تمرة، أو شربة ماء، أو مذقة لبن، وهو شهر أوله رحمة، وأوسطه مغفرة، وآخره عتق من النار".
http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=39978&SecID=213
RAMADHAN AL MUBARAK
ـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ (١٨٣) أَيَّامً۬ا مَّعۡدُودَٲتٍ۬ۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَۚ وَعَلَى ٱلَّذِينَ يُطِيقُونَهُ ۥ فِدۡيَةٌ۬ طَعَامُ مِسۡكِينٍ۬ۖ فَمَن تَطَوَّعَ خَيۡرً۬ا فَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّهُ ۥۚ وَأَن تَصُومُواْ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (١٨٤) شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ فَمَن شَہِدَ مِنكُمُ ٱلشَّہۡرَ فَلۡيَصُمۡهُۖ وَمَن ڪَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِڪُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِڪُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُڪۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُڪَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ وَلَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ (١٨٥)
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (183)
(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (184)
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. (185)
SURAH AL BAQARAH AYAT : 183 - 185
Thursday, August 28, 2008
Wasiat Luqman kepada Anaknya
Pernahkah Terfikir Untuk Berubah?
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka bersifat yang demikian ialah orang-orang yang berjaya. ( surah Ali Imran : 104 )
Ramai di kalangan umat Islam tidak mengetahui bahawa 'wasiat' yang diberikan oleh Luqman kepada anaknya itu merupakan salah satu 'teknik' di dalam berdakwah.Sekiranya teknik ini diamati lalu dipraktikkan di dalam kehidupan seharian,nescaya anak-anak akan lahir sebagai muslim yang beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t.. Bertuahlah sebuah keluarga yang mempunyai anak-anak seperti mereka. Mempunyai generasi yang diibaratkan umpama purnama yang menerangi kegelapan malam. Wahai ayah dan ibu,wasiatkan kepada anak-anakmu sepertimana wasiat yang diajar oleh Luqman al-Hakim!!!
Dr.Wahbah Az-Zuhaili telah berkata di dalam bukunya 'Tafsir Munir':
"Al Baidhawi telah berkata bahawa nama Luqman sebenarnya ialah Luqman bin Ba'ura. Beliau bukannya nabi tetapi jumhur mengatakan bahawa beliau seorang yang bijaksana. Diberikan kepadanya Al Hikmah iaitu kelebihan pada akalnya,cerdik dan perkataan atau kalam yang dikeluarkannya memberi kesan kepada manusia. Nama sebenar anaknya ialah (mengikut As-Suhaili) An'am atau Asykam atau Matan atau Tharan"
Abd.Rahman Hassan Al Maidani berkata di dalam bukunya 'Fiqh Dakwah' bahawa di sana terdapat 14 jenis permasalahan yang dapat dipelajari melalui kisah Luqman mendidik anaknya melalui 'wasiat'. Oleh itu marilah sama-sama kita menilai wasiat tersebut yang mengandungi 14 permasalahan penting buat umat Islam selepas ini.
U/P :
Tulisan berikut selepas ini berdasarkan terjemahan dan olahan melalui buku karangan Dr.Wahbah Az-Zuhaili dan Abd.Rahman Hassan Al-Maidani yang tersebut di atas.
Untuk memudahkan anda,sila rujuk terjemahan/tafsir Al Quran bagi ayat 13-19 Surah Luqman.
Monday, August 25, 2008
Beberapa hukum nyanyian
Thursday, 24 January 2008
Assalammualaikum,
Saya nak tanya ustaz beberapa soalan berkaitan nyanyian;
1. Apa hukum menggunakan alat muzik bertali sepertimana yang digunakan oleh kump. nasyid sekarang?
2. Apa hukum menyanyi bersama perempuan?
3. Apakah hukum perempuan mendedahkan suara walaupun bernasyid?
Saya harap ustaz dapat beri penjelasan,sekian terima kasih.
1. Dalam hal ini, ulama’ berselisih pendapat antara yang membenarkan dan mengharuskannya. Bagi yang mengharuskannya seumpama Ibnu Hazm, Asy-Syeikh Abdul Ghani An-Nabulsi, Asy-Syazili At-Tunisi dan lain-lain meletakkan syarat mestilah mempunyai niat yang betul dan tidak bertentangan dengan syara’. Di samping itu, mestilah tujuannya yang tidak melanggar batas-batas syara’.
2. Isu nyanyian dan muzik dalam Islam juga merupakan perkara yang diperselisihkan oleh ulama’. Semenjak sekian lama para ulama’ berselisih pendapat dalam masalah ini antara menghukumkannya sebagai haram dan harus. Masing-masing mempunyai hujah-hujah yang tersendiri dalam memahami nas-nas yang berkaitan dengan perkara ini.
Walaupun di sana terdapat perselisihan pendapat, ulama’ bersepakat dalam menghukumkan haram bagi setiap jenis nyanyian yang mengandungi unsur kekejian, unsur kefasikan atau unsur penggalakkan ke arah melakukan maksiat.
Perselisihan pula berlaku dalam seumpama golongan yang mengharuskan sebarang bentuk nyanyian samada menggunakan alat muzik ataupun tidak, ada pula golongan yang mengharuskan jika sekiranya tanpa alat muzik dan ada juga yang mengharamkan secara mutlak samada menggunakan alat muzik ataupun tidak.
Berkait dengan hukum nyanyian bersama wanita, Islam telah meletakkan disiplin yang jelas tanpa wujudnya sebarang bentuk diskriminasi dan penindasan terhadap kaum wanita. Bagi mengelakkan sebarang fitnah yang berunsurkan pandangan yang bersyahwat dari golongan kaum lelaki dan memperagakan tubuh badan dari golongan kaum wanita, mengalun-alunkan suara (iaitu cara selayaknya sebagai penyanyi) dan seumpamanya, Islam melarang dan tidak membenarkan lelaki berduet bersama wanita dalam persembahan nyanyian.
Ia bersalahan dengan adab Islam yang disebut di dalam Al-Quran Al-Karim iaitu firman Allah (s.w.t):
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ * وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ *
Yang maksudnya: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya”. [Surah An-Nuur: 30-31]
Dan sabda Nabi (s.a.w): “Wahai Ali ! Jangan kamu iringi pandangan pertamamu dengan pandangan kedua, sesungguhnya bagi kamu pandangan pertama tapi tidak pada pandangan kedua”.
3. Nyanyian yang dipersembahkan oleh wanita adalah suatu perkara yang tidak dibenarkan oleh Islam. Al-Quran Al-Karim menyatakan arahan Allah (s.w.t):
يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلا مَعْرُوفًا
Yang maksudnya: “…Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya…”. [Surah Al-Ahzab : 32]
Wanita hanya dibenarkan mempersembahkan nyanyian atau nasyid hanya untuk kalangan mereka sahaja dan tidak boleh dihadapan khalayak lelaki.
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 24 January 2008 )
http://ulamak.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=34&Itemid=86
Friday, August 22, 2008
Hukum bertepuk tangan, bersorak dan bersiul
Memukul dengan kedua - dua belah tangan yang menghasilkan bunyi yang didengari. Apabila diulang ia boleh menghasilkan bunyi yang tersusun. Dalam bidalan ada disebut, sebelah tangan tak menghasil tepukan ( Bertepuk sebelah tangan ).
Manusia bertepuk tangan dengan beberapa tujuan:
1) Memberi peringatan seperti apabila ingin memasuki rumah seseorang atau ingin mengingatkan tuan rumah atau ahlinya mengenai kehadirannya, lalu dia menepuk tangan.
Inilah yang warid dan datang dalam hadis yang membenarkan wanita yang menjadi makmum dalam solat jamaah ketika mahu mengingatkan imam yang tersalah untuk menepuk kedua tangannya dari belakang saf agar imam sedar dan kembali membetulkan.
Dalam Hadis sahih, ” Barang siapa yang ingin membaiki kesalahan dalam solat hendaklah dia bertasbih ( dengan berkata ‘subhanaLlah‘ ). Sesungguhnya apabila dia berkata demikian, imam akan berpaling kepadanya ( memberi perhatian ). Dan sesungguhnya bertepuk tangan itu adalah khusus untuk wanita.”- Hadis muttafaqun ‘alaihi ( Al Bukhari dan Muslim ) daripada Sahl Ibn Saad sebagaimana dalam Al Lu’lu’ Wal Marjan (243).
Dalam Hadis lain, ” Bertasbih adalah untuk lelaki, manakala bertepuk adalah untuk wanita.”. - Hadis muttafaqun ‘alaihi ( Al Bukhari dan Muslim ) daripada Abi Hurairah sebagaimana dalam Al Lu’lu’ Wal Marjan (1204). Maksudnya, ketika dalam solat.
2) Melahir kegembiraan seperti memukul dengan bantuan kompang atau alatan lain dengan alunan yang tersusun yang menghasilkan bunyi yang berimbang sebagaimana kita saksikan dalam lagu - lagu negara Teluk dan sebagainya.
3) Memuji dan memandang baik terhadap sesuatu perkara sebagaimana kita saksikan para penonton memberi tepukan tangan untuk penyair selepas mendeklamasikan sajak dan syairnya, atau tepukan untuk pemidato yang berjaya menyentuh emosi khalayak pendengar sehingga sebaik saja mereka menyudahkan ucapan, dewan terus bergema dengan tepukan dan sorakan puji - pujian daripada para hadirin.
4) Beribadah. Inilah yang telah dilakukan oleh golongan Arab Quraisy jahiliyyah dan seumpamanya dalam ibadah mereka di Masjidil Haram dengan bersorak dan bersiul. Dan Itulah perbuatan yang diingkari oleh Al Quran di dalam firman Allah yang bermaksud : ” Tiadalah solat/ibadah mereka di Masjidil Haram selain muka’ dan tashdiah. “ Al Anfal: 35.
Al Qurtubi berkata: Berkata Ibnu Abbas: Masyarakat Quraisy jahiliyyah melakukan tawaf di Masjidil Haram dengan bertelanjang, bertepukan dan bersiulan. Pada pandangan mereka ia merupakan satu ibadat. Muka’ bererti bersiul, manakala tashdiah bererti bertepuk tangan. Itulah pandangan Mujahid, As Suddi dan Ibnu Umar.
Daripada Qatadah: Muka’ bererti bertepuk dengan tangan, manakala tashdiah bererti bertempik dan bersorak ( ini berbeza dengan pandangan oleh Mujahid tadi ).
Untuk tujuan yang pertama tadi, ia jelas harusnya di sisi syar’. Tiada siapa pun yang membantah. Untuk tujuan yang keempat juga jelas sekali pengharaman dan tegahan ke atasnya kerana ia merupakan pensyariatan ibadah yang tidak pernah diizinkan oleh Allah.
Hukum ini juga diterima pakai ke atas sesetengah golongan ahli sufi yang melakukan perbuatan tadi dalam amalan mereka. Ini seperti kata Al Qurtubi: Ini adalah jawaban ke atas golongan yang jahil daripada golongan sufi yang menari dan bertepuk dalam ibadah mereka. Ia adalah perkara mungkar yang ditolak oleh mereka yang berakal yang bersih daripada kekarutan itu. Pelakunya telah menyerupai/ tasyabbuh dengan perbuatan ibadah kaum musyrikin di Masjidil Haram.
Kami telah sebut pendapat Al ‘Izz Ibnu Abdus Salam dalam bicara hukum menari sekejap tadi ( dalam bukunya - pent ).
Hukum bertepuk dengan tujuan melahir kegembiraan dan memuji.
Berbaki dua perkara iaitu tujuan kedua dan ketiga perbuatan bertepukan seperti yang kami huraikan tadi iaitu dengan tujuan melahirkan kegembiraan dan keseronokan, juga untuk melahirkan rasa kagum dan memandang baik terhadap sesuatu perkara. Apakah hukum syar’ie dan apakah pendapat fiqh semasa mengenainya?
Hakikatnya, saya tidak menemui sebarang dalil yang muhkam dan kata putus daripada Al Quran dan As Sunnah mengenai pengharaman dan tegahan ke atas kedua - keduanya.
Mungkin sesetengah pendapat mengambil dalil daripada ayat dari ayat 35 Surah Al Anfal tadi yang bermaksud: ” Tiadalah solat / ibadah mereka di Masjidil Haram selain muka’ dan tashdiah.“
Tetapi ini adalah pengambilan dalil yang bukan pada tempatnya. Ini kerana ayat tersebut adalah tertuju kepada mereka yang melakukan ibadat dengan cara bertepuk sedangkan di sini tujuannya lain yang tiada pengertian ibadah di dalamnya.
Mungkin juga sesetengahnya mengambil dalil daripada Hadis Nabi sallaLlahu alihi wasallam yang bermaksud: ” Sesungguhnya tepukan itu hanyalah untuk wanita.” Sudah nyata larangan lelaki menyerupai wanita. RasuluLlah sendiri telah melaknati lelaki yang menyerupai wanita.
Tetapi adalah jelas dan maklum bahawa hadis tadi warid dan datang khusus mengenai bertepuk di dalam solat. Maka ia tidak boleh menjadi dalil untuk menegah lelaki daripada bertepuk di luar solat. Inilah yang disebut oleh Al Imam Ibnu Hajar Al Haitami. Beliau juga menyebut bahawa larangan menyerupai wanita itu adalah pada perkara yang memang khusus untuk wanita ( seperti jenis pakaian, perhiasan dan seumpamanya - pent ) . Adapun bertepuk, ia bukan perkara khusus wanita sahaja.
Kata beliau: “Dan saya nyatakan di dalam Syarhul Irsyad bahawa ianya makruh… Yang paling sahih dalam perkara ini, ianya halal dan harus.”
Berbaki satu hujah iaitu perbuatan bertepuk adalah amalan bukan islamik. Ia adalah amalan orang barat yang telah dibawa masuk ke dalam masyarakat Islam. Kita dilarang menyerupai orang - orang bukan Islam.
Jawabannya: Sesungguhnya kita dilarang menyerupai mereka di dalam perkara - perkara khusus ugama mereka dan cara ibadat mereka. Adapun perihal duniawi, maka tiada sebarang larangan untuk kita meniru mereka apabila ia bebas daripada larangan syara’ atau kerosakan yang ditegah syara’.
Asy Syaikh Dr Yusuf Al Qaradhawi.
Terjemahan petikan daripada kitab ‘ Fiqhul Lahwi Wat Tarwiih’.
http://nikabduh.wordpress.com/2007/11/04/fiqh-islami-hukum-bertepuk-tangan-bersorak-dan-bersiul/
Wednesday, August 20, 2008
SAJAK KEMERDEKAAN

Malaysia kita bumi bertuah,
Sejarah merdeka terpalit barah,
Satria berjuang merdekakan watan,
Dari dijajah sang petualang.
Darah pekat merah mengalir,
Bermandi berpasir,bersaksikan alam,
Pertiwi dirobek kasar,
Dijajah …amarah….disiat penjajah,
Jentera pemberontak bebas bergerak,
Watan sendiri merintih,
Melarat, disangkar bobrok.
Cemeti penjajah terus berjarum,
Membalun rakyat,tiada perit,
Dirinya bedelin,senapang barang,
Punah, parah, kesumat dendam mula berperang.
Sabar,terus menanti pelepasan,
Tanggal 31 ogos 1957…
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Suara lantang Tunku Abd Rahman,
Diselang suara anak watan,
Pergi sudah perit payah,
Terpadam karam sendu barah,
Lantaran merdeka mengambil arah,
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Namun apakah merdeka itu,
Merdeka yang dicari?
Merdeka hakiki?
Tidak kurela kemerdekaan kini,
Angkara tangan-tangan zionis,
Punah ranah agama tercinta,
Dek nafsu bermaharajalela.
Kuharapkan….
Suatu hari nanti…
Sinar mentari merdeka ma’nawi,
Kemerdekaan diidami-idami nabi…
Menjadi realiti,
Kitalah pewaris perjuangan yang suci,
Merdeka hakiki.
Nukilan : umman
Monday, August 18, 2008
kaifiyat solat menghormati waktu
Ditulis oleh sastera_iktisas
Sunday, 20 July 2008
assalamualaikum ustaz..
1)saya menaiki keretapi dari batu pahat ke kelantan pada waktu malam. keretapi itu dijangka tiba di kelantan melepasi waktu subuh. boleh ustaz berikan kaifiyat solat menghormati waktu serta syarat-syaratnya sahnya solat tersebut.
2)bagaimana pula perjalanan ke destinasi yang sama dengan menggunakan bas, sedangkan pemandu bas tidak berhenti untuk solat subuh sehingga waktu subuh habis. bolehkah saya solat menghormati waktu?
3)adakah sah solat saya apabila saya tersilap arah kiblat ketika solat fardhu. adakah perlu saya mengqadha solat saya apabila saya menyedari kesilapan tersebut (salah kiblat) setelah solat fardhu tersebut telah habis waktunya.
.....................
w.salam
1. Jika tuan boleh mengambil wuduk dan mengerjakan solat dalam keadaan biasa maka saolat tersebut adalah sah dan tak perlu diulang lagi.
Jika tak mampu berdiri maka solatlah dalam keadaan duduk dan mengadap kiblat.
Jika tidak ada air untuk berwuduk dan tidak ada debu untuk bertayammum maka wajib juga megerjakan solat dalam keadaan yang semampu mungkin tetapi wajib qadha bila sampai ke tempat yang boleh bersuci.
2. Jika pemandu bas tidak berhenti, tuan ada mempunya i wuduk maka solatlah dalam keadaan duduk dan megadap kiblat. Jika tidak boleh mengadap kiblat sebab arah bas bertentangan dengan arah kiblat maka wajib mengankat takbir ihram dalam keadaan mengadap kiblat dan rukun2 yang lain mengikut arah bas tersebut. Setibanya di rumah tidak wajib lagi qadha sebab solat tadi telah sah.
Solat hurmat waktu ialah solat yang wajib diqadha dengan sebab ketika mengerjakannya kita tidak ada wuduk.
3. Jika arah kiblat yang baru itu kita ketahui dengan yakin maka wajib diqadha solat yang terssalah dahulu itu.
wallahua'lam
http://ustazazhar.com/v1/ibadah/kaifiyat-solat-menghormati-waktu.html
Saturday, August 9, 2008
Sya'ban (ماذا يعني شهر شعبان للمسلم؟)

بقلم: إسماعيل حامد
شهور السنة كلها لله في الطاعة والعبادة ﴿إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا﴾ (التوبة: من الآية 36)، ولكن شهر شعبان له مذاق خاص ما أحلاه! وما أغلاه! وما أطيبه! إنه شهر الحبيب صلى الله عليه وسلم، شهرٌ أحبَّه رسول الله صلى الله عليه وسلم، وفضَّله على غيره من الشهور؛ فهو الشهر الذي يتشعب فيه خير كثير؛ من أجل ذلك اختصَّه الحبيب صلى الله عليه وسلم بعبادة تفضِّله على غيره من الشهور، فقد روى الإمام أحمد عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: كان رسول الله يصوم ولا يفطر حتى نقول: ما في نفس رسول الله أن يفطر العام، ثم يفطر فلا يصوم حتى نقول: ما في نفسه أن يصوم العام، وكان أحب الصوم إليه في شعبان".
http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=39493&SecID=363
Friday, August 8, 2008
Koleksi skrip utk web & blog
Sabtu 9 Ogos 2008 6 Syaaban 1429
Dan pada hari kiamat kamu akan melihat orang-orang yang berbuat dusta terhadap Allah, mukanya menjadi hitam. Bukankah dalam neraka Jahannam itu ada tempat bagi orang-orang yang menyombongkan diri? Az-Zumar :: 60
Thursday, August 7, 2008
Kamus Al Miftah

* Kamus 3 Bahasa (Bahasa Arab –Bahasa Arab - Bahasa Melayu – Bahasa Inggeris),
* Bergambar dan Berwarna.
* 2000 muka surat, hard cover.
Kamus Al-Miftah merupakan sebuah kamus moden Arab-Arab-Melayu-Inggeris yang telah diusahakan oleh gabungan mahasiswa Universiti Al-Azhar, Mesir.
Kamus ini sedang “MELETUP” d Universiti2 M’sia dan terlaris d pasaran.
Kitab Fiqh Manhaji Terjemahan
فإن مع العسر يسرا
سنتان نقرأهما في كتاب الله عز وجل ألزم بالواحدة منهما ذاته العلية وألزم بالثانية عباده في مقابل التزامه بالأولى، جعل السنة الثانية التي ألزم بها عباده شرطاً للسنة الأولى التي تفضل بها على عباده، أما السنة الأولى فهي تلك التي يعبر عنها بيان الله عز وجل في قوله سبحانه: