Saturday, November 15, 2008

Kamus Al-Miftah menerobosi pasaran Mesir

Oleh mujahidn9

" 22- 27 Oktober 2008, Rombongan Al-Azhar Media yang diketuai Ustaz Mohd Khairi Zainuddin, Pengarah Urusan 1, Ustaz Mohd Nazri Zainuddin, Pengarah Urusan 2 dan Nazrey Johani, Duta Rasmi Al-Miftah telah mengunjungi Mesir untuk mempromosi dan melancarkan Kamus Al-Miftah di Timur Tengah. Rombongan disambut oleh Presiden PMRAM, exco dan Ustaz Mohd Asri, wakil rasmi Al-Azhar Media di Mesir. Sepanjang hampir seminggu, pelbagai program telah diatur oleh wakil Al-Azhar Media yang dibantu oleh PMRAM.

................................................

Al-Azhar Media mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada PMRAM, pegawai khas Rumah Negeri Sembilan dan Selangor, Ustaz Asri dan semua mahasiswa Universiti Al-Azhar kerana telah memberikan kerjasama dan sambutan yang amat baik dan menggalakan. Seminggu di sana, telah menjalin hubungan mesra yang tak ternilai. Menurut Ustaz Nazri selaku pengurus pemasaran, sambutan dan tempahan Kamus Al-Miftah amat membanggakan, beliau juga menyakini Kamus Al-Miftah mampu membantu para mahasiswa untuk menggapai kejayaan luar biasa.



teks asal;tranungkite

No comments: