Wednesday, September 3, 2008

Kemuskilan tentang HIDUP




BERSAMA SOAL JAWAB UZTAZ AZHAR IDRUS



Ditulis oleh MOHD FADZLI BIN BAHARI
Tuesday, 02 September 2008



Salam Ustz. Saya pernah baca sebuah buku, dalam buku itu terdapat persoalan yang menjadi yanda tanya pada saya. boleh kiranya ustaz bantu saya dlm menjawab soalan



1. APA MAKNA HIDUP?
2. UNTUK APA HIDUP INI?
3. APA ERTI HIDUP?
4. APA YANG DIHARAPKAN DARI HIDUP INI?
5. KE MANA SELEPAS HIDUP INI?
6. DI MANAKAH NOKTAH PERJALANAN HIDUP INI?




....................................................


w.salam


1. APA MAKNA HIDUP?
1. Maknanya suatu nikmat yang dikurniakan kepada hambaNya yg dengan nikmat tersebut dapat mengenali Tuhannya dan melihat kebesaran Tuhannya yang membawa kepada bersyukur kepada tuhan.


2. UNTUK APA HIDUP INI?
2. Tujuan hidup supaya manusia menjadi hamba yang mengabdikan dirinya kepada tuhan.


3. APA ERTI HIDUP?
3. Erti hidup ialah keadaan yang berlawanan dengan mati.


4. APA YANG DIHARAPKAN DARI HIDUP INI?
4. Keredhaan Allah swt.


5. KE MANA SELEPAS HIDUP INI?
5. Ke alam barzakh.


6. DI MANAKAH NOKTAH PERJALANAN HIDUP INI?
6. Ke syurga atau ke neraka.

wallahua'lam


No comments: