Friday, October 17, 2008

Konsert Bersama Nazrey Johani Di Bumi Mesir

Sempena Festival Konvokesyen dan Anugerah Mahasiswa/Mahasiswi Cemerlang (FKAMC) ke-16, PMRAM akan menganjurkan konsert bersama saudara Nazrey Johani, mantan vokalis Kumpulan RAIHAN. Konsert yang dinamakan Konsert Apresiasi Graduan sempena FKAMC itu antara lain bertujuan meraikan para graduan dan graduanita.

Kedatangan saudara Nazrey Johani ke Bumi Anbiya' bertujuan sebagai mempromosikan dan melancarkan Kamus Al-Miftah terbitan Al-Azhar Media. Beliau dipilih sebagai duta bagi mempromosikan kamus terbaru itu. Kamus tersebut dijual dengan harga istimewa LE200 dengan pelbagai keistimewaan. Untuk tempahan kamus boleh hubungi Ustaz Muhamad Asri Md.Arof (010-1280669).

Sementara itu, konsert dijadualkan bermula selepas maghrib pada hari yang sama (22 Oktober) bertempat di Padang Nadi Syabab, Hayyu Sadis. Tiket dijual dengan harga promosi LE10 yang akan bermula 15 hingga 17 Oktober. Sebarang pembelian tiket selepas 17hb akan dijual dengan harga LE15. Tiket boleh didapati melalui Ketua Unit Promsi dan Pendaftaran, Ustaz Mohd Firdaus Ahmad (016-6197915) dan Ustazah Siti Hajar Bahrudin (010-4422794).

No comments: