Wednesday, August 6, 2008

مس المصحف للمحدث

مس المصحف للمحدث

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام أشرف الأنبياء والمرسلين وبعد..ففي هذه الورقات نتناول حكم مس المصحف للمحدث البالغ والصبي، والمختار للفتوى تحريم مس المصحف للمحدث البالغ، وعدم جواز تمكين الصغير غير المميز من مس المصحف، وإباحة ذلك للصبي المميز إذا احتاج لحفظ القرآن أو لتثبيت حفظه إن كان حافظًا، أما ما لا يظهر فيه هذا المقصد -كما لو كان للتعبد المحض ونحوه- فلا، مع التنبيه على استحباب إتيانه بالطهارة ليعتاد ذلك وليعظم قدر القرآن في قلبه.

المبحث الأول
في حكم مس المصحف للبالغ المحدث

اختلف أهل العلم في حكم مس المصحف للبالغ المحدث على قولين:

القول الأول:

أنه لا يجــــوز للمحـــدث حدثًا أصغر أن يمس المصحف كله أو بعضه، وهذا القول مروي عن علي، وابن مسعود، وابن عمر، و سعد بن أبي وقاص، وسعيد بن زيد، والحسن، وعطاء، وطاوس، والشعبي، والقاسم بن محمد، والزهري، والنخعي، والحكم، وحماد، وهو قول أبي حنيفة، ومالك، والشافعي، والثوري، والأوزاعي، وأحمد بن حنبل، وإسحاق بن راهويه، وأبي ثور، وأبي عبيد، وهو قول الفقهاء السبعة من أهل المدينة ([1]).

القول الثاني:

أنه يجوز للمحدث حدثًا أصغر مس المصحف وهو قول الظاهرية ونسبه القرطبي إلى جماعة من السلف منهم: ابن عباس، والشعبي. وعزاه الشوكاني إلى الضحاك، وزيد بن علي، والمؤيد بالله، والهادوية، وقاضي القضاة ([2]).
الترجيح:
مما سبق يتبين لنا رجحان ما ذهب إليه الجمهور لقوة ما استدلوا به وضعف أدلة المخالف وما وجه إلى أدلة الجمهور من اعتراضات أمكن دفعه. والقول بالتحريم هو الموافق للمستقر عليه عند الصحابة رضوان عليهم، وهو الأليق بإجلال القرآن وتعظيمه والعمل بهذا الرأي أحوط وفيه خروج من العهدة بيقين.
المبحث الثاني
في حكم الطهارة للصغير


اتفقت المذاهب الأربعة على أنه لا يجوز تمكين الصغير غير المميز من مس المصحف، وأما الصبي المميز فقد اختلفوا في شأنه على الأقوال التالية:

القول الأول :
أنه يجوز تمكين الصغير من مس المصحف. وهو قول الحنفية، والمالكية في المعتمد، والشافعية في الأصح والحنابلة في رواية ذكرها القاضي وهي وجه في الرعاية وغيرها وأجازوا مس المكتوب في رواية ويجوز مس اللوح وحمله على الصحيح من المذهب، والقول بجواز التمكين هو مذهب الظاهرية.
القول الثاني:
أنه يكره للصغير مس المصحف كله لا بعضه، وهو قول لبعض المالكية ([43]).
القول الثالث:
أنه يحرم على الصغير مس المصحف كله أو بعضه على غير طهارة كالبالغ، ويأثم من مكنه من ذلك، وليًا كان أو غيره.
وبهذا قال: الشافعية في قول، والحنابلة في الصحيح من المذهب.
الترجيح :
الأصل في هذه المسألة هو تحريم المس لمن لم يكن على طهارة والأدلة لم تفرق بين صغير وكبير لكن هذا الأصل معارض بما تقرر في الشرع من أن المشقة تجلب التيسير ولا شك في أن إيجاب الوضوء على الصغير فيه مشقة كبيرة؛ إذ هو يحتاج في حفظه إلى دوام مطالعته مرات كل يوم ولو أوجبنا عليه الوضوء لكل مرة لربما أفضى إلى تنفيره من المطالعة والحفظ، ثم الصغير قد لا يستطيع أن يستمسك محافظًا على طهارته ولا ينضبط له هذا الأمر وهو لازال في سن يروضه وليه ليعتاد الشرائع بخلاف الكبير. فإذا احتاج إلى مس المصحف على غير طهارة لدفع مشقة تتكرر جاز له وإلا عمل بالأصل وهو التحريم. وعليه فالراجح جواز المس للصبي المميز إذا احتاج لحفظ القرآن أو لتثبيت حفظه إذا كان حافظًا أما ما لا يظهر فيه هذا المقصد كما لو كان للتعبد المحض ونحوه فلا. ولا يفوتنا أن ننبه على استحباب إتيانه بالطهارة ليعتاد ذلك وليعظم قدر القرآن في قلبه والمجيزون لا ينازعون في هذا.
والله تعالى أعلم.

Muslimah Mendepani Cabaran (siri 1)


Oleh : Umi Imran


Surah al Haj (ayat 77-78)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا وَاعْبُدُوا رَبَّكُمْ وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (77) وَجَاهِدُوا فِي اللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ هُوَ اجْتَبَاكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ مِلَّةَ أَبِيكُمْ إِبْرَاهِيمَ هُوَ سَمَّاكُمُ الْمُسْلِمِينَ مِنْ قَبْلُ وَفِي هَذَا لِيَكُونَ الرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيْكُمْ وَتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ فَأَقِيمُوا الصَّلاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَاعْتَصِمُوا بِاللَّهِ هُوَ مَوْلاكُمْ فَنِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيرُ (78



TIAP-TIAP UMAT MEMPUNYAI SYARI’AT YANG TERTENTU.


77. Hai orang-orang yang beriman, ruku’lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan.



AGAMA ISLAM BUKANLAH AGAMA YANG SEMPIT.


78. Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu (1) dan (begitu pula) dalam (Al Qur’an) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.
(1) Maksudnya: dalam kitab-kitab yang telah diturunkan kepada nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w.

http://www.qurancomplex.org/Quran/Targama/Targama.asp?L=arb&Page=341

Hukum gantung gambar bernyawa

Ditulis oleh Shafie Bin Taib
Monday, 14 July 2008
Assalamualaikum Ustaz,
Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud : Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub."
Soalannya,
Adakah gambar dan patung tersebut mesti cukup sifat atau bagaimana? Bagaimana pula gambar2 pemimpin (bahagian badan dan ke atas) yang digantung dipejabat2 dan sekolah. Minta penjelasan.

Wassalam.
-------------------------------------------
w.salam
menurut pandangan jumhur ulamak tidak harus menggantungkan pada dinding2 rumah gambar2 makhluk bernyawa samada manusia atau lainnya. Tidak kira samada gambar itu sekerat atau penuh dengan tujuan perhiasan.
Gambar2 bernyawa yang ada disekolah2 atau pejabat jika bertujuan untuk pelajaran atau panduan maka tidaklah dilarang.
Wallahua'lam

http://ustazazhar.com/v1/fiqh/hukum-gantung-gambar-bernyawa.html

DENGAR DAN TAAT

Dengar serta taat kepada arahan pimpinan yang dilantik dan diberi kepercayaan untuk mengemudi parti / jamaah adalah satu tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh setiap individu selama mana arahan tersebut tidak bercanggah dengan syariat.
Sabda Rasulullah saw :
اِسْمَعُوْا وَ أطِيْعُوْا وَ إِنِ اسْتُعْمِلَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ حَبَشِي َ كأنَّ رَأسهُ زَبِيْبَة
[1] (البخاري )
“ Dengar dan taatlah olehmu sekalipun yang bertanggungjawab mengarah kamu hanyalah seorang hamba Habasyi sementara rambutnya pula berkerinting. ”
عَلَى اْلمَرْءِ اْلمُسْلِمِ السَّمْعُ وَ الطَّاعَةُ فِيْمَا أَحَبَّ وَ كَرِهَ مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَ لاَ طَاعَةَ .
( رواه مسلم )[2]
“ wajib dengar dan taat bagi setiap individu muslim dalam perkara yang ia suka mahupun tidak ( benci ) selama mana ia tidak diperintah melakukan maksiat , apabila ia diperintah melakukan maksiat maka tiada dengar dan tiada taat .”
Dengar dan taat kepada arahan pimpinan bukanlah satu perhambaan tetapi lambang keutuhan gerakkerja berorganisasi . Ia menjadi suatu arahan rasmi dari Allah swt . dengan firmanNya :
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلا
( النساء 59 )
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu (orang – orang yang beriman). Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
Setiap anggota parti / jamaah mesti bersedia untuk membasmi keegoan akademik dan keegoan senioriti demi memastikan prinsip “ dengar dan taat ” dapat dilaksanakan dengan baik , seterusnya memulangkan kesan yang sangat positif untuk memastikan kelancaran gerakkerja . Tanpa dengar dan taat terhadap arahan pimpinan , bukan sahaja ia bercanggah dengan prinsip amal Islami malah ia melambatkan perjalanan parti / jamaah . Sedang musuh bergerak laju ke hadapan untuk merencana dan memerangkap pergerakkan kita . Benarlah apa yang disebut oleh Saiyidina Omar Al Khattab rha.
لا اِسْلامَ إلا بِجَمَاعَةٍ وَ لا جَمَاعَةَ إلا بِإِمَارَةٍ وَ لا إِمَارَةَ إلا بِطَاعَةٍ
“ Tiada Islam tanpa jamaah , tiada jamaah tanpa kepimpinan dan tiada kepimpinan tanpa ketaatan ”
Dengar dan taat menjadi ujian besar kepada anggota parti / jamaah untuk membuktikan wala’ ( kesetiaannya kepada perjuangan ) serta intima’ ( keterikatannya dengan prinsip dan agenda perjuangan ) . Ujian sebegini pernah dilihat dalam rakaman peristiwa Tholut dan tenteranya .
فَلَمَّا فَصَلَ طَالُوتُ بِالْجُنُودِ قَالَ إِنَّ اللَّهَ مُبْتَلِيكُمْ بِنَهَرٍ فَمَنْ شَرِبَ مِنْهُ فَلَيْسَ مِنِّي وَمَنْ لَمْ يَطْعَمْهُ فَإِنَّهُ مِنِّي إِلا مَنْ اغْتَرَفَ غُرْفَةً بِيَدِهِ فَشَرِبُوا مِنْهُ إِلا قَلِيلا مِنْهُمْ فَلَمَّا جَاوَزَهُ هُوَ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ قَالُوا لا طَاقَةَ لَنَا الْيَوْمَ بِجَالُوتَ وَجُنُودِهِ قَالَ الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ مُلاقُو اللَّهِ كَمْ مِنْ فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ
( البقرة 249 )
Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka ( yang taat ).
Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar".
Peristiwa ini jelas membawa mesej bahawa dengar serta taat kepada peraturan dan arahan pimpinan adalah syarat turunnya pertolongan atau kemenangan daripada Allah swt. Justeru itu Baginda saw. berwasiat kepada seluruh ummatnya dengan ‘ dengar dan taat ’ kepada pemimpin yang dilantik dikalangan orang yang beriman.
أُوْصِيْكُمْ بِتَقْوَى اللهِ عَزَّ وَ جَلَّ وَ السَّمْعِ وَ الطَّاعَةِ وَ إِنْ تََأَمَّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اخْتِلافًا كَثِيْرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَ سُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ اْلمَهْدِيِّيْنَ عَضُّوْا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَ إِيَّاكُمْ وَ مُحْدَثََاتِ اْلأُمُوْرِ فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلالَةٌ .
( رواه أبو داود و الترمذي و قال : حديث حسن صحيح )
“Aku berwasiat kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah Azza Wajalla , dengar dan taat sekalipun yang mengarah kamu hanyalah seorang hamba , maka sesungguhnya sesiapa yang masih hidup dikalangan kamu , ia akan berhadapan dengan konflik yang begitu hebat , dikala itu wajib ke atas kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah khulafa’ Ar Rasyidin yang mendapat petunjuk. Genggamlah ia dengan geraham dengan seerat - eratnya dan waspadalah kamu terhadap perkara – perkara yang diada-adakan maka sesungguhnya semua perkara yang diada-adakan ( yang tidak terdapat dalam syariat ) adalah sesat .”[3]
Tegas dengan prinsip “ dengar dan taat ” ini tidak bermaksud menghalang anggota parti / jamaah mengemukakan pandangan yang berbeza dengan pendapat pimpinan dan juga tidak bermaksud menyempitkan ruang anggota menegur atau mengkritik pimpinan dengan kritikan yang membina .
Hanya suatu sikap yang mesti dijelaskan , bahawa pandangan yang berbeza dan teguran yang diberi , tidak sampai melucutkan ketaatan anggota kepada pemimpin yang dilantik , begitu jua kepada parti / jamaah yang didokong.
Bagaimana menegur pimpinan
Menjadi hak dan tanggungjawab anggota mengemukakan pandangan yang membawa kebaikan kepada parti / jamaah , demikian juga teguran atau kritikan yang membina . Namun wajar diinsafi bahawa parti / jamaah mempunyai tatacara atau adab yang luhur dan saluran yang tepat untuk merealisasikan kritikan yang membina dan mengemukakan pandangan yang bernas .
Jangan menjadikan ‘ kedai kopi ’ sebagai pentas menegur pimpinan kerana fenomena ini tidak memberi keuntungan kepada sesiapa melainkan musuh.
Berbincang atau bersemuka ( muzakarah dan muqabalah ) dengan suasana ukhuwwah yang harmoni dan mengemukakan pandangan melalui mesyuarat yang diadakan , adalah merupakan saluran yang sangat tepat , malah ia mengurangkan kadar masaalah dalaman seperti salah faham dan syak wasangka .
Pemimpin yang ditaati
Demi meraih ketaatan anggota kepada pimpinan, sewajarnya pula pihak pimpinan memelihara thiqah (kepercayaan anggota parti / jamaah kepadanya .) Pemimpin selayaknya pula mengelak diri daripada persekitaran yang merosakkan kewibawaannya sebagai seorang pemimpin .
Akhlak , disiplin dan karisma kepimpinan mesti dipelihara dan dikawal , lantaran hilang salah satu daripadanya mengakibatkan lunturnya ketaatan anggota kepada pimpinan .
Pemimpin sayugianya bijak menyusun arahan dan mengatur titah , sesuai dengan tahap keupayaan anggota yang diarah . Arahan yang tidak bijak akan menyulitkan anggota untuk mentaatinya dan ini menyumbang kepada penghakisan prinsip ‘ dengar dan taat ’ dalam parti / jamaah.
Sementara qudwah yang dipamerkan oleh pimpinan pula mampu meningkatkan kualiti ketaatan anggota kepada arahan pimpinan.Seringkali tercetusnya krisis ketaatan anggota terhadap pimpinan berpunca dari sikap pimpinan yang ‘ cakap tak serupa bikin dan bikin tak serupa cakap ’ . Bukankah Allah telah menempelak golongan seperti ini :
أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلا تَعْقِلُون
( البقرة 55 )
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?َ
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لا تَفْعَلُونَ
( الصف 2 - 3 )
“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”
Tiada taat dalam perkara bathil/maksiat .
Ketaatan kepada pimpinan bukan bersifat taat membuta tuli . Namun wajib dipastikan ketaatan yang diberi hanyalah untuk urusan taat kepada Allah atau perkara yang makruf sahaja.
حَدِيثُ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ جَيْشًا وَأَمَّرَ عَلَيْهِمْ رَجُلاً فَأَوْقَدَ نَارًا وَقَالَ ادْخُلُوهَا فَأَرَادَ نَاسٌ أَنْ يَدْخُلُوهَا وَقَالَ الآخَرُونَ إِنَّا قَدْ فَرَرْنَا مِنْهَا فَذُكِرَ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لِلَّذِينَ أَرَادُوا أَنْ يَدْخُلُوهَا لَوْ دَخَلْتُمُوهَا لَمْ تَزَالُوا فِيهَا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَقَالَ لِلآخَرِينَ قَوْلاً حَسَنًا وَقَالَ لاَ طَاعَةَ فِي مَعْصِيَةِ اللَّهِ إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ *
( البخاري و مسلم )
Diriwayatkan daripada Saidina Ali k.w katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w telah mengutus satu pasukan tentera dan baginda telah melantik seorang lelaki sebagai pemimpin tentera itu. Lelaki tersebut telah menghidupkan api dan berkata: Kamu semua masuk ke dalam api itu. Maka sebahagian dari tentera ingin memasuki ke dalam api tersebut dan sebahagian dari tentera yang lain berkata: Kami telah melarikan diri daripadanya. Perkara itu dilaporkan kepada Rasulullah s.a.w, lalu baginda bersabda kepada orang-orang yang ingin memasuki api tersebut: Sekiranya kamu memasukinya nescaya kamu akan terus berada di dalamnya sehingga Hari Kiamat dan Nabi berkata kepada pihak satu lagi dengan kata-kata yang baik serta bersabda: Jangan mentaati perintah untuk melakukan maksiat kepada Allah tetapi taatilah dalam perkara kebaikan*[4]
Taat dalam semua keadaan.
Ketaatan terhadap pimpinan bukan suatu pilihan (ikhtiari) sebaliknya suatu kewajipan yang wajib ( ijbari ) ditunai dalam semua situasi .
عن أبي هريرة رضي الله عنه . قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : عَلَيْكَ السَّمْعَُ وَ الطَّاعَةَ في عُسْرِكَ وَ يُسْرِكَ وَ مَنْشَطِكَ وَ مَكْرَهِكَ وَ أَثَرَةٍ عَلَيْكَ .
( رواه مسلم )
Dari Abi Hurairah rha. Ia berkata :” Rasulullah saw bersabda : Kamu wajib mendengar dan taat dalam keadaan sulit , senang , suka dan dukamu malah dalam hal yang kamu tidak berkenan sekalipun .[5]
[1]Riwayat Al Bukhari dari Anas rha. [2] النووى على مسلم ج 12 ص 226 [3] رواه أبو داود في السنة باب لزوم السنة و الترمذي في العلم باب ما جاء في الأخذ بالسنة و اجتناب البدع [4] Shohih bukhari dan Muslim . Kitabul Imarah Bab Wajib mentaati pemimpin dalam perkara yang tidak maksiat dan haram mentaati pemimpin dalam perkara maksiat. [5] Shohih Muslim dalam kitab dan bab yang sama .
posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi @ 8:58:00 PM

http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/

Demi Masa

Bismillahirrahmanirrahim
"Demi Masa.Sesengguhnya manusia berada dalam kerugian.kecuali orang2 yg beriman dan beramal soleh,dan berpesan2 dgn kebenaran dan kesabaran" Surah Al Asr
http://www.qurancomplex.org/Quran/tafseer/Tafseer.asp?nSora=103&t=moyasar&l=arb&nAya=1#103_1